Doa bersama NECF (Hari ke-10): Bertumbuhan dalam keintiman dengan Kristuss
KEINTIMAN MELALUI KELEMAHAN
Lukas 15:20 - ... Ketika ia masih
jauh, ayahnya telah melihatnya lalu tergeraklah hatinya oleh belas kasihan.
Ayahnya itu berlari mendapatkan dia lalu merangkul dan mencium dia.
Setiap
orang percaya yang ikhlas menghadapi paradoks (lawan asas) tentang kasih karunia:
iaitu semasa kita berhadapan dengan (dan biasanya rasa terkejut) kegelapan kedosaan
kita, Tuhan masih mencari kita walau pun kita berada dalam keadaan yang remuk.
Malah Tuhan mengatakan kita indah oleh kerana karunia kebenaran melalui Kristus
(2 Kor 5:17-21), kerana Dia mengesahkan ‘ya’ yang ikhlas dalam hati kita (Mzm 51:12,
Mat 26:41), dan kerana Dia melihat kita melalui kaca mata masa depan abadi kita
sebagai pengantin perempuan Yesus (Efe 4:11-13, 5:24-25). Seperti bapa yang “lari
...merangkul...dan mencium” anaknya yang hilang (Luk 15), Tuhan tidak berputus
asa dalam pencarian-Nya orang-orang percaya yang lemah tetapi ikhlas dan Dia
tidak goyah dalam komitmen Nya untuk mengasihi kita sampai kesempurnaan.
Kebolehan kita bertumbuh dalam keintiman dengan Kristus adalah berkaitan dengan
kemampuan kita untuk melihat diri kita melalui pandangan-Nya agar kita boleh
hidup di bawah naungan-Nya tanpa rasa malu.
Bahan Doa:
1. Renungkan apa yang Firman Tuhan isytiharkan tentang
siapa diri kita dalam Kristus (contohnya 2 Kor 5:17; Efe. 2:10; Yoh. 1:12; 1
Pet. 2:9)
2. Bersyukur kepada Tuhan bahawa Dia berkenan dengan
kita walau pun kita dalam keremukan, bahawa Dia tidak membenci kita semasa kita
dalam kelemahan tetapi Dia menguatkan kita untuk mengasihi Dia dengan
sebetulnya.
3. Minta Tuhan untuk menyatakan dan menerangi sebarang
kegelapan dalam hati kita. Bila kita hidup dalam terang, kita ada persekutuan dengan
Tuhan dan bertumbuh dalam keintiman dengan-Nya (Yoh. 3:17-19, 1 Yoh 1:5-10).
Mohon agar kita dapat melihat diri kita sendiri dan bersetuju dengan pandangan Bapa
syurgawi supaya kita dapat (dan minta kasih karunia untuk) menghadap Dia dengan
penuh keyakinan setiap hari untuk bertumbuh dalam kasih sayang di hadapan
Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment