DOA bersama NECF (HARI 1): Yesus harus makin besar, aku harus makin kecil
Perjanjian
Baru menggunakan beberapa jenis bahasa kiasan untuk menghuraikan
gereja.
Salah satu kiasan yang digemari rasul Paulus adalah gereja merupakan
“tubuh
Kristus” (1 Kor 12). Yohanes Pembaptis melihat pengikut-pengikut Yesus (gereja)
sebagai “pengantin perempuan Kristus”, secara kiasan merujuk dirinya sebagai
“kawan kepada pengantin lelaki” dan memanggil Yesus sebagai “pengantin lelaki”
(Yohanes 3).
Sebagai
seorang kawan pengantin lelaki atau sebagai seorang “pengapit pengantin
lelaki”
dalam konteks perkahwinan hari ini, Yohanes Pembaptis mahu supaya perhatian terarah
kepada Yesus. Yohanes tidak terganggu dengan peningkatan popularity Yesus (Yohanes
3:26). Sebaliknya, Yohanes sangat bersukacita kerana orang ramai tertarik datang
kepada Yesus kerana “pengantin perempuan benar-benar kepunyaan pengantin lelaki”
(Yohanes 3:29). Di dalam bukunya, J Oswald Sanders menamakan Yohanes Pembaptis
sebagai pengkhutbah di mana pada akhirnya semua jemaatnya adalah milik Yesus!
Sebagai pengantin Kristus, bolehkah kita bersukacita apabila Tuhan memberkati jemaat
lain lebih daripada jemaat kita?
Keutamaan
bagi Yohanes Pembaptis adalah meninggikan Yesus lebih daripada dirinya. Yohanes
mengungkapkan kata-kata yang tidak dapat dilupakan dalam Yohanes 3:30 – “Dia
harus makin besar; aku harus makin kecil”. Kerana kerendahan hati Yohanes tidak
hairanlah Yesus memberi pujian tertinggi kepadanya sebagai insan yang paling
besar dalam kerajaan Tuhan (Mat 11:11). Oleh itu, pengantin perempuan Kristus
di Malaysia juga harus mencontohi kerendahan hati Yohanes dengan mengarahkan
perhatian kita kepada Yesus sepanjang masa. Adakah kita mahu Yesus yang
bersinar terang atau diri kita?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment