Kerajaan Syurga bukan soal makanan dan minuman tapi?

No comments
Roma 14:17  Sebab Kerajaan Allah bukanlah soal makanan dan minuman, tetapi soal kebenaran, damai sejahtera dan sukacita oleh Roh Kudus.

Shalom semua. Salam damai Yesus Kristus menyertai Malaysiaku.

Pada ruang kali ini, saya ingin membicarakan secara ringkas apa yang di tulis oleh Rasul Paulus di dalam Roma 14:17.

Firman ini sangat sesuai untuk direnungkan bersama oleh kerana banyak terdapat kekeliruan tentang makanan dan apa yang kita makan dan minum. Terang dan jelas disini, kerajaan Allah atau Syurga dimaksudkan disini bukan bersyaratkan tentang hal-hal makanan dan minuman.

Di sini jelas memberikan pengertian bahawa ada tiga hal terpenting syarat memperolehi kerajaan Syurga iaitu memiliki (1) kebenaran, (2) damai sejahtera dan (3) sukacita. Apakah orang-orang percaya kepada Kristus pada hari ini sudah memiliki ketiga-tiga hal yang telah dinyatakan?

Soal kebenaran adalah memiliki kebenaran yang datang dari Tuhan Yesus Kristus iaitu barangsiapa percaya kepada beroleh keselamatan hidup kekal oleh kerana Yesus jalan kebenaran dan hidup (Yohanes 14:7)

Soal damai sejahtera iaitu ketenangan, damai dan kehidupan penuh kasih yang mampu membawa damai bagi komuniti terdekat. Damai sejahtera yang ditinggalkan Yesus Kristus bukan seperti yang dunia tawarkan tetapi damai yang datang dari Tuhan (Yohanes 14:27)

Dan yang terakhir soal bersukacita senantiasa dalam kegembiraan dan dalam kesusahan menghadapi cabaran hidup kerana kepastian bahawa Tuhan Yesus Kristus senantiasa menyertai. Orang-orang Kristian tidak perlu melawan bagi pihak Tuhan kerana siapakah yang akan boleh melawan Tuhan? Kita yang sudah percaya lebih dari pemenang. Kita luar biasa kerana itu hendaklah kita jangan khuatir apapun dan senantiasa bersukacita dalam segala hal dengan ucapan syukur.

Moga renungan ringkas ini memberikan kita kebenaran yang datang hanya dari Yesus Kristus, memiliki damai sejahtera yang tidak dapat ditawarkan oleh dunia dan sukacita dari syurgawi yang bergelora.




No comments :

Post a Comment

Lazada Malaysia