Temuilah damai sejahtera dan saling membangun
Roma 14:19 Sebab itu marilah kita mengejar apa yang mendatangkan damai sejahtera dan yang berguna untuk saling membangun.
Shalom semua dalam nama Yesus Kristus.
Apa yang berlaku di Negara kita pada hari ini, sebilangan
kecil individu yang saling benci membenci antara satu sama lain. Perasaan
saling membenci antara individu, kaum, bangsa dan agama ini di rakamkan di
dalam media massa yang mudah di akses oleh semua rakyat dari pelbagai lapisan
kaum. Mereka senang melontarkan buah fikiran dan perkataan-perkataan yang
membuatkan orang lain atau suku lain tidak senang tanpa memikirkan kesan buruk
daripada tindakan yang dilakukan.
Jadi, firman Tuhan di dalam Roma 14:19 boleh dijadikan
panduan kepada orang-orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus supaya terus
mengejar apa yang mendatangkan damai sejahtera kepada semua dan perbuatan serta
tindakan yang saling membangun. Hindari perasaan benci dan saling curiga antara
satu sama lain biarpun kita tahu bukan mudah hidup dalam masyarakat majmuk
seperti negera kita.
Terus doakan kedamaian negera kita Malaysia dan
kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment