Kita Tuhan diciptakan untuk mengasihi.
Shalom semua.Ketika kita merenungkan kehidupan yang dianugerahkan Tuhan, maka setiap hari kita harus bersyukur dengan sekian banyak perkara yang Tuhan anugerahkan. Satu perkara asas yang menjadi kita diciptakan Tuhan adalah untuk mengasihi semua makhluk ciptaan Tuhan.
Kalau sekiranya kita menyedari asas mengapa Tuhan menciptakan diri kita? maka tidak sukar untuk kita mengasihi orang lain walaupun orang itu tidak sependapat dengan kita, tidak seagama, tidak sama warna kulit, tidak sama asal usul dan ataupun mungkin tidak tinggal di negara kita.
Tidak sulit untuk diucapkan, namun realiti sangat berat. Lihat sahaja Tuhan Yesus Kristus harus mati di kayu salib untuk semua manusia bukan sahaja untuk orang Kristian iaitu barangsiapa yang percaya kepadaNya pasti diselamatkan.
Kadangkala manusia gagal mengenal rencana dan hati Tuhan kerana manusia lebih sukar mencari kesalahan, mencintai dosa dan memerlukan tanda. Iman sejati tidak menuntut tanda tetapi percaya penuh kepada firman Tuhan - Yohanes 4:43-54.
Mulakan dengan diri kita sendiri dalam kehidupan kita seharian-mari kita mengasihi sesama manusia.
~malaysiadoaku.blogspot.com~
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment