MALAYSIA bagi kemuliaan Kristus.
MALAYSIA bagi kemuliaan Kristus.
Shalom semua.
Tiada yang mutahil. Segala-galanya di dalam rencana Tuhan. Sebagai warga negara
yang tercinta, kita rindu supaya negara ini dimenangkan buat Tuhan.
Pada tulisan
kali ini, di fokuskan beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh kita sebagai
warga Malaysia yang percaya kepada Kristus;
Pertama DOA
yang tidak putus-putus memohon supaya Injil Kristus dapat disebarkan dan sampai
kepada semua rakyat Malaysia. Kuasa Tuhan tidak terbatas dan tiada mustahil.
Semua kita mempunyai masa dan ruang untuk mendoakan kawan, jiran, komuniti,
negeri dan negara pada setiap masa Cuma apa yang kita perlukan adalah konsisten
dan tetap.
Kedua SIKAP
kita orang percaya dalam menangani pelbagai isu dan kontroversi yang melibatkan
agama dengan penuh Kasih Kristus. Kita harus mencerminkan apa yang kita sembah
bukan menurut perasaan dan emosi yang akhirnya setan akan memesong arah fokus
kita.
Ketiga kepada
PELAYANAN KANAK-KANAK DAN MUDA-MUDI. Fokus ini juga harus mempunyai komitmen
dan konsisten yang tinggi kerana mereka atau golongan umur ini yang akan
meneruskan keberlangsungan orang-orang percaya kepada Kristus di bumi Malaysia.
Kalau dasar mereka tidak kukuh dan teguh maka iman mereka mudah tergadai oleh
kerana keinginan dunia seperti wang, pangkat dan kemewahan.
Keempat ialah
peranan GEREJA setempat yang harus menjadi terang dan garam kepada komuniti
setempat. Gereja harus sensitif dan terbuka dengan perkembangan teknologi,
dunia tanpa sempadan, perubahan gaya hidup masyarakat dan kebajikan yang diperlukan
masyarakat setempat. Keberanian dan penyertaan Tuhan maka tiada mustahil Gereja
boleh menjadi terang kepada masyarakat setempat.
Melalui
renungan ringkas ini, orang percaya kepada Kristus harus terus cekal dan tabah
kerana apa yang kita kejar bukan apa yang ditawarkan oleh dunia tetapi apa yang
disediakan Tuhan di bumi baru, syurga kekal milik Bapa yang ada diSyurga.
Malaysiadoaku
selama-lamanya.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment