Gathering of all tribes, 24-25 April 2015

No comments

Shalom brothers & sisters! There would be an all tribe gathering on 24 & 25 April in Blessed Church. Do register yourself via http://malaysiagathering.com/gatherings/apr2015/

It's completely free of charged & you would be given a wristband to enter the hall. This gathering would be multi-lingual, so no worries bout not understanding. Invite your family & friends to see the picture of God's moving hands. To understand this gathering, do check out the website

Malaysiadoaku.blogspot.com support this events.

No comments :

Post a Comment

MALAYSIA bagi kemuliaan Kristus.

No comments
MALAYSIA bagi kemuliaan Kristus.

Shalom semua. Tiada yang mutahil. Segala-galanya di dalam rencana Tuhan. Sebagai warga negara yang tercinta, kita rindu supaya negara ini dimenangkan buat Tuhan.

Pada tulisan kali ini, di fokuskan beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh kita sebagai warga Malaysia yang percaya kepada Kristus;

Pertama DOA yang tidak putus-putus memohon supaya Injil Kristus dapat disebarkan dan sampai kepada semua rakyat Malaysia. Kuasa Tuhan tidak terbatas dan tiada mustahil. Semua kita mempunyai masa dan ruang untuk mendoakan kawan, jiran, komuniti, negeri dan negara pada setiap masa Cuma apa yang kita perlukan adalah konsisten dan tetap.

Kedua SIKAP kita orang percaya dalam menangani pelbagai isu dan kontroversi yang melibatkan agama dengan penuh Kasih Kristus. Kita harus mencerminkan apa yang kita sembah bukan menurut perasaan dan emosi yang akhirnya setan akan memesong arah fokus kita.

Ketiga kepada PELAYANAN KANAK-KANAK DAN MUDA-MUDI. Fokus ini juga harus mempunyai komitmen dan konsisten yang tinggi kerana mereka atau golongan umur ini yang akan meneruskan keberlangsungan orang-orang percaya kepada Kristus di bumi Malaysia. Kalau dasar mereka tidak kukuh dan teguh maka iman mereka mudah tergadai oleh kerana keinginan dunia seperti wang, pangkat dan kemewahan.

Keempat ialah peranan GEREJA setempat yang harus menjadi terang dan garam kepada komuniti setempat. Gereja harus sensitif dan terbuka dengan perkembangan teknologi, dunia tanpa sempadan, perubahan gaya hidup masyarakat dan kebajikan yang diperlukan masyarakat setempat. Keberanian dan penyertaan Tuhan maka tiada mustahil Gereja boleh menjadi terang kepada masyarakat setempat.

Melalui renungan ringkas ini, orang percaya kepada Kristus harus terus cekal dan tabah kerana apa yang kita kejar bukan apa yang ditawarkan oleh dunia tetapi apa yang disediakan Tuhan di bumi baru, syurga kekal milik Bapa yang ada diSyurga.

Malaysiadoaku selama-lamanya.

No comments :

Post a Comment

Lazada Malaysia