Selamat Hari Bapa 15 Jun 2014

No comments
Bagi Yesus Kristus tanpa pengorbanan, tiada keselamatan begitu juga seorang yang bergelar Bapa. Tanpa usaha jerih parah tiada membesarkan anak-anak tiada juga ertinya. Hargailah seorang Bapa atau Ayah selagi mereka masih dapat dilihat di muka dunia ini.

TUHAN YESUS KRISTUS memberikan teladan yang baik dengan menaati Bapa di Syurga dan semua yang Dia lakukan menurut kehendak Bapa yang diSyurga (Yohanes 10:18). Yesus Kristus harus menderita sehingga mati di kayu salib. PengorbananNya itu telah memberikan anugerah keselamatan kepada seluruh umat manusia.

Walaupun bapa kita di dunia ini mungkin tidak sempurna seperti Bapa yang di Syurga namun apa yang diperlukan oleh anak-anaknya ialah hormat dan menghargai bapa fungsi bapa itu sendiri. Di katakan di dalam Alkitab, jika mahukan umur yang panjang, kita harus menghormati ibubapa kita.

Tugas sebagai anak harus sentiasa mendoakan bapa masing-masing supaya bapa ini nanti dapat menjalankan fungsinya sebagai seorang bapa yang baik. Tanpa doa sukar bagi seorang yang bergelar bapa memikul tanggungjawab yang berat dengan keadaan kehidupan sekarang yang serba mencabar.

Doakan kesejahteraan bapa. Selamat hari bapa.


No comments :

Post a Comment

Hadapi segala persoalan dan masalah bersama Tuhan Yesus Kristus.

No comments
HADAPI SEGALA PERSOALAN DAN MASALAH BERSAMA TUHAN YESUS KRISTUS

Setiap orang pasti punya masalah dalam hidupnya. Tanpa dicari pun masalah akan selalu menghampiri manusia.
TUHAN menggunakan masalah dengan tujuan untuk;
(1) mendewasakan karakter kita,  dan
(2) menunjukkan betapa besar kuasa-Nya dalam hidup kita.

TUHAN  YESUS pasti memberikan kepada kita kemenangan jika kita punya respons  tetap melekat dan bersandar  pada TUHAN.  Jadi saudaraku,  tetap fokus pada TUHAN YESUS,  dan janganlah fokus kepada masalahmu, karena kalau anda fokus pada TUHAN YESUS maka TUHAN YESUS  yang berkuasa  atas hidupmu
Sebaliknya berlaku kalau anda fokus kepada semua masalahmu maka iblis akan berkuasa atas hidup anda.

Yosua 1:9  Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu: kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab TUHAN, Allahmu, menyertai engkau, ke manapun engkau pergi."

Siapakah Yoshua? Selepas kematian nabi Musa (Yoshua 1:1), maka Yosua-lah yang di suruh Tuhan pergi ke tanah Kanaan . (Tanah Kanaan bererti negeri yang diberikan/dijanjikan Tuhan kepada bangsa Israel)

Kenapa firman ini ditujukan kepada Yosua? Pada waktu itu Yohua sangat muda dan sangat ragu-ragu. Dia khuatir tidak dapat memimpin bangsa Isreal ke tanah Kanaan.
Maka, wujud masalah dalam diri Yohua!

Dalam firman ini, Tuhan berkata-kata memberikan semangat kepada Yosua supaya?
‘…kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab TUHAN, Allahmu, menyertai engkau, ke manapun engkau pergi….’
Akhirnya, di tertulis dalam Alkitab, bahawa Yosua berjaya pergi ke tanah perjanjian dan memimpin bangsa Israel (Yosua 2:24). Oleh kerana dia pegang janji Tuhan dan fokus bahawa Tuhan akan menyertainya.

Apa yang kita belajar dari Yosua?

1)   Tetap setia dan fokus kepada Tuhan.
2) Masalah membuat iman dan karakter kita makin teruji, terutama saat kita belum melihat jawapan kepada sesuatu masalah namun kita tetap percaya bahwa Tuhan yang akan menyelesaikan setiap masalah dan pergumulan kita.
3) Ada pepatah mengatakan, “Jika kita tidak menyukai sesuatu atau keadaan, ubahlah itu. Tetapi jika kita bisa mengubahnya, ubahlah sikap kita dengan mengucap syukur  dan jangan mengeluh!”

Hari ini,  kita semua belajar  untuk memiliki respon yang benar untuk setiap masalah dan keadaan yang sepertinya tidak bisa kita ubah. 
Tetaplah kuat , setia dan percaya pada TUHAN  YESUS yang memberi kekuatan dan  damai sukacita untuk menghadapi setiap masalah, ujian dan pergumulan dalam hidup kita.  
TUHAN YESUS  yang ada didalam  tubuh kita terlebih besar dari setiap masalah kita. Masalah adalah cabaran yang baik untuk memperkuat iman kepada  TUHAN YESUS.

No comments :

Post a Comment

Lazada Malaysia